Wednesday, July 28, 2010

Wajah Kehidupan


Sungguh pekat malam ini masih tidak mampu untuk melelapkan mataku.Apa yang bermain difikiranku.Apa yang kucari dalam hidup ini.Melayari hari-hari sebagai seorang insan yang cuba dalam dayanya mengenali diri,mengenali penciptanya...makin hanyut manusia di dalam arus pembangunan,kemodenan yang menuntut pentafsirang semula terhadap kepentingan nilai rohani yang semakin nazak dihempas media materialistik.Pertimbangan keadilan yang menjana kemajuan umat tak lagi seimbang neracanya dalam membangun aspek keindahan dan kehalusan pekerti akhlak seorang insan.Apa yang menjadi ukuran pada masa tegaknya remaja,berlalunya usia dewasa dan meniti hari-hari senja bukan lagi tujuannya mencari hakikat kebahagiaan dan keselamatan diri dari Sungai Neraka tetapi hari-hari ketika nafas masih berhembus di bumi dijadikan sebagai tapak pesta melupakan tujuan asal penciptaan ini.
Dimana kan ku berlari.Ku tak punya ruang untuk meluahkan segala penyesalan terhadap kerakusan dunia memperhambakan manusia yang menjadi budaknya .Semakin sendiri suara yang menyeru ke arah mentauhidkan Ilahi dan semakin bergema suara yang menjeritkan motivasi dunia.Kemana akan kau bawa kami wahai suara-suara dunia.Kemana akan kau bawa kami wahai pemuja harta dan kemana kan kau bawa kami dengan segala macam ucapan indahmu memotivasi pembangunan insan tetapi kosong dari firman Tuhan.Apakah idea dan kecanggihan akal manusia menjadi takaran pembangunan modal insanmu dalam menegakkan segala pertimbangan baik buruk apa sahaja fisik alam dan rohaninya agama.Apakah aku terlupa dan kamu tak mengingatkan aku suara dunia.. bahawa Kalamullah dan Sunnah Rasulnya masih mengikat kebebasan akal dari terbang ke zon larangan ..bercakap tanpa ilmu dan menguruskan dunia dengan tanpa panduan sumber yang sahih.Mengapa akal anak-anakmu juga yang kau agungkan wahai si muflis.
Sunyi malam...Kedengaran hanyalah ketukan keyboad laptopku yang menumpahkan cetakan hampa seorang musafir.Masih jauh perjalanan hidup...nafas yang tersisa ini kurniaan Rabbku yang maha Agung..Dalam kemaksiatan aku meminjamnya dalam ketaatan aku memohon untuk diperbaiki amalku.Rasa malu mengetuk pintu hati.Betapa aku jauh dari medan amal yang mendekatkan diri padaMu Ya Allah.Rasa takut,harap dan cinta bersatu...aku masih mengharap taubatku diterima..Apa yang tersisa dari amalku Ya Rabb.Cuma harapan indah memasuki syurgaMu dengan segala sifat Rahmat-Mu......Penghujung nyawa dengan akidah yang benar..penghujung nyawa dengan syahadah yang diterima...Sungguh ku tahu kunci syurga itu kalimah Lailahaillalah maka bantulah hambamu untuk membuka pintu itu dengan kunci yang mempunyai gerigi yang betul sebagai syarat pemenuhan janjiMu...gerigi itu ialah ku mohon kefahaman tuntutan segala yang terkandung di dalam lafaz Syahadah dan berhembus nafas terakahir dalam kefahaman yang benar tentang Islam dinku...





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...