Saturday, January 1, 2011

Antara Melihat dan Memerhati


  Melihat dan Memerhati (31/12/2010)


Di dalam kesibukan kota yang dipenuhi gelagat manusia yang pelbagai ragam,bermula dari pagi hinggalah ke malam,tidak putus-putusnya manusia berjuang mencari apa yang mereka ertikan sebagai kebahagiaan.Hidup untuk bahagia..untuk apa hidup kalau tidak bisa menikmati erti bahagia?untuk apa hidup kalau tidak mampu berkereta,untuk apa hidup kalau tidak ada cita-cita memiliki istana tempat berlabuhnya badan setelah seharian penat bekerja..pendek kata untuk apa hidup kalau tidak ada wang yang dengannya diri ini bisa berkuasa.Begitulah hasrat hati kebanyakan manusia apabila terbukanya matanya di pagi hari melihat dunia.Bekerja sehingga terkadang terlihat keliru dalam pandangan orang-orang beriman...apakah kebahagiaan sejati itu benar-benar dimiliki oleh insan yang tenaganya habis untuk kerja-kerja mencari harta sehingga tidak berencana waktu tidurnya..atau ada sesuatu yang keliru dalam penghayatan dan kefahaman insan terhadap definisi bahagia yang sebenarnya.
     Apakah erti bahagia yang dituntut manusia mencarinya.?Apakah sekadar kepuasan  harta yang dengannya tercapai segala hasrat keperluan jasmani dan anggota di bawah perut atau  keseimbangan kesejahteraan jasmani yang digandingkan dengan kemantapan serta kesuburan pohon iman yang menjunam akarnya di dalam keikhlasan hati..mewangi mengeluarkan kuntuman bunga yang bisa terlihat dibalik lukisan ikhlas senyuman sabar dan syukur seorang insan yang benar-benar mengerti dimana kakinya berpijak....di bumi yang kekal adanya atau sekadar persinggahan sementara yang diyakini akan kemusnahannya suatu masa...Apa pandangan Islamku dalam kebebasan berfikir mentakrif erti bahagia ketika nafas masih berhembus..
   Sungguh antara melihat dan memerhati itu berbeza.Dari sana kita bisa memulakan perjalanan mencari definisi bahagia yang diakui hakikatnya oleh pencipta manusia,pencipta diri ini..yang Maha Bijaksana dalam mengatur dan membimgbing manusia ke jalan kehidupan yang sempurna dan terbaik.Dialah Allah.Sungguh tidak Dia menjadikan manusia tanpa tujuan dan tidak dibiarkan diri ini terumbang ambing mencari erti bahagia dalam kehidupan..lalu apa kaitan antara melihat dan memerhati dangan definisi bahagia yang menjadi tujuan insan??Melihatlah hidup ini melalui kacamata Al-Quran dan Sunnah...dan perhatikanlah kehidupan ini dengan hati yang ikhlas untuk berjalan diatas bimbingan keduanya..Bagaimana..??Sungguh tidak dijadikan tujuan Al-Quran itu semata-mata sebagai penghias dinding,pengiring orang mati dan pembuka majlis dan tidak diutus Muhammad s.a.w melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam.Rahmat dalam menyebarkan kebaikan akhlak insan kamil yang mana melalui keperibadiannya yang unggul...diterangkan kepada manusia yang yang berbangngga dengan PHDnya dan dijelaskan dengan hikmah kepada akal yang lemah dan sederhana...bahawa kebahagian itu ada dalam kebijaksanaan mengenalpasti apakah nilai hidup yang terutama dari yang utama...menarik erti kebaikan terunggul dari kebaikan amal yang terlalu banyak.. menuai kemanisan madu usaha dari kegigihan bekerja yang disandarkan kepada niat ibadah...serta melihat hidup di bawah cahaya Al-Quran dan sunnah serta memerhatikannya dengan bukti kebaikan amal yang sesuai dengan tuntunan keduanya...
     Kesimpulan yang bisa terlihat..hanya dari huraian definisi melihat dan memerhati....sunggu aku menyedari..melihat dan memerhati hidup hanya dengan akal bisa mengundang kebaikan yang tak terlepas dari kemungkinan amal yang keliru dan sempadan nilai hidup yang masih bisa diperdebatkan kebaikannya....lalu...apabila hidup ini hanya sekali dan tidak ada ulangan dalam melakonkan watak-watak insan sempurna...kenapa tidak diri ini melakonkan watak insan terbaik yang pernah lahir di bumi ini...yang diiktiraf  oleh Allah kesempurnaan jalan hidupnya...kata-katanya tidaklah dari hawa nafsu melainkan wahyu yang disampaikan kepadanya...dialah khatamul nabiyyin..penutup segala nabi...Muhammad s.a.w.Melihat dan memerhati kehidupan dengan apa yang bisa dilihat dan diperhatikan oleh insan kamil ini...sudah pasti tidak lepas dari keinginan meneroka kabaikan wahyu yang disampaikan kepadanya..itulah Islam...itulah kebaikan sejati..Moga selepas ini....kita hidup dalam mencari kebenaran..kebenaran hakiki bukanlah semata-mata kemenangan majoriti dan akal fikiran dalam mengesahkan kebaikan sesuatu nilai amal...tetapi kebahagian sejati itu terlahir dari kelurusan dan ketegasan hati....meniti jalan amal berpandukan Al-Quran dan Sunnah,dengan apa yang dibawa oleh Rasul dan Nabiku..bukan sekadar apa yang difikirkan baik oleh aku mahupun kamu....LEE102

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...