Jika seorang Muslim melihat wanita yang bukan mahram sehingga perkara itu memberi kesan ke atas hatinya, maka jika dia mempunyai isteri hendaklah dia pulang ke rumah dan jima' (melakukan hubungan seks) dengan isterinya supaya dapat menghilangkan apa juga perasaan terhadap wanita itu. Dalil tentang perkara ini ialah riwayat oleh Jabir radhiallahuanh:
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Jika ada di antara kamu merasa tertarik dan menyukai seseorang wanita, dia perlu mendatangi isterinya dan berjimak dengannya, kerana ini dapat menghilangkan apa juga perasaan terhadap wanita itu". [Sahih Muslim, no. 1403]
*Apa Yang Harus Anda Lakukan Dalam Situasi Tertentu. - Syekh Muhammad Soleh al-Munajjid
No comments:
Post a Comment