Thursday, August 5, 2010

KONSEP PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Persoalan perkahwinan adalah persoalan yang selalu aktual dan selalu menarik untuk dibincangkan, kerana persoalan ini bukan hanya menyangkut tabiat dan hajat hidup manusia yang asasi saja tetapi juga menyentuh suatu lembaga yang luhur dan sentral iaitu rumah tangga. Luhur, kerana lembaga ini merupakan benteng bagi pertahanan martabat manusia dan nilai-nilai akhlak yang luhur dan sentral.

Kerana lembaga itu memang merupakan pusat bagi lahir dan tumbuhnya Bani Adam, yang kelak mempunyai peranan kunci dalam mewujudkan kedamaian dan kemakmuran di bumi ini. Menurut Islam Bani Adam lah yang memperoleh kehormatan untuk memikul amanah Ilahi sebagai khalifah di muka bumi, sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata : "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ?. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. (Al-Baqarah: 30).

Perkahwinan bukanlah persoalan kecil dan sepele, tapi merupakan persoalan penting dan besar. 'Aqad nikah (perkahwinan) adalah sebagai suatu perjanjian yang kokoh dan suci (MITSAAQON GHOLIIDHOO), sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

“Bagaimana kamu akan mengambilnya kembali, padahal sebahagian kamu telah bergaul (bercampur) dengan yang lain sebagai suami isteri dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat”. (An-Nisaa': 21).

Kerana itu, diharapkan semua pihak yang terlibat di dalamnya, khususnya suami isteri, memelihara dan menjaganya secara sungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab.

Agama Islam telah memberikan petunjuk yang lengkap dan rinci terhadap persoalan perkahwinan. Mulai dari anjuran menikah, cara memilih pasangan yang ideal, melakukan khitbah (peminangan), bagaimana mendidik anak, serta memberikan jalan keluar jika terjadi kemelut dalam rumah tangga, sampai dalam proses nafaqah dan harta waris, semua diatur oleh Islam secara rinci dan detail.

Selanjutnya untuk memahami konsep Islam tentang perkahwinan, maka rujukan yang paling sah dan benar adalah Al-Quran dan As-Sunnah Shahih (yang sesuai dengan pemahaman Salafus Shalih -pen). Dengan rujukan ini kita akan dapati kejelasan tentang aspek-aspek perkahwinan mahupun beberapa penyimpangan dan pergeseran nilai perkahwinan yang terjadi di masyarakat kita.

Tentu saja tidak semua persoalan dapat penulis tuangkan dalam tulisan ini, hanya beberapa persoalan yang perlu dibahas iaitu tentang: Fitrah Manusia, Tujuan Perkahwinan dalam Islam, Tata Cara Perkahwinan dan Penyimpangan Dalam Perkahwinan.

download file kompilasi perkahwinan ini dibawah
http://www.4shared.com/file/e8fv7WJj/KONSEP_PERKAHWINAN_DALAM_ISLAM.html

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...