Manhaj Salaf - Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله وآله وصحبه أجمعين، أما بعد .Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Rabb semesta alam. Shalawat dan salam semoga dicurahkan kepada Rasul termulia, juga kepada seluruh keluarga dan shahabatnya. Amma ba'du.
Monday, August 9, 2010
Perbahasan:BERKHATAN
Antara isu utama apabila timbul niat seseoarang non-Muslim untuk menganut Islam ialah isu berkhatan.Adakah orang yang memeluk islam wajib dikhatan?Maklumlah sudah berusia dan berumur pula.Kalau kanak-kanak lagi,OK lah untuk berkhatan.
Isu ini sebenarnya tidak perlu menjadi isu.Walau bagaimanapun,ada juga orang Islam yang meletakkan syarat berkhatan untuk menganut Islam.Ia seolah-olah tidak sah tanpa berkhatan.Lelaki dan perempuan wajib berkhatan.
Hujah wajib berkhatan walaupun sudah baligh ialah amalan Nabi Ibrahim a,s diriwayatkan dari Abu Hurairah r.h.bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:”Nabi Ibrahim kekasih al-Rahman berkhathan selepas usianya lapan puluh tahun,dan beliau berkhatan menggunakan kapak (atau sebuah tempat bernama Qadum).”
(Riwayat al-Bukhari.Rujuk Nail al-Authar,juzuk 1, hal.144, hadis no.131)
Adakah berkhatan wajib dalam Islam?Apa pandangan para ulama ?Dalam kitab Nail al-Author , perbezaan pendapat para ulama dibincangkan.Antaranya ialah
1. Berkhatan wajib bagi lelaki dan wanita.Ini adalah pendapat Imam Syafi’i.
2. Berkhatan sunat bagi lelaki dan wanita.Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik.
3. Berkhatan wajib bagi lelaki, dan sunat bagi wanita.Ini juga satu pendapat ulama.
Perbezaan ini memberikan satu ruang untuk Muslim memilih pendapat yang mudah diamalkan.Terdapat hadis Nabi yang menyuruh orang yang baru menganut agama Islam agar berkhatan.Kalau disuruh oleh Nabi,maknanya ia wajib pada kebiasaannya.
Hadis berbunyi:
“Sesiapa yang menganut Islam,maka hendaklah dia berkhatan.”
(Rujuk Nail al-Author,juzuk 1)
Namun ulama yang berpendapat bahawa berkhatan adalah sunat juga mempunyai dalil iaitu sabda Nabi SAW :
Maksudnya:Berkhatan adalah sunat bagi lelaki,dan kemuliaan bagi wanita”
(Riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Ada juga dalil walaupun hadis ini juga bermasalah daripada aspek sanad periwayatannya.
“Jika yang dibawa menganut Islam adalah kanak-kanak,maka molek sangatlah kalau berkhatan”
Islam itu mudah.Kalau sudah dewasa,tidaklah perlu dikhatankan lagi.Kalau hendak juga berkhatan,silakan.Bukannya sakit.Ubat bius ada.
Diasalin dari buku
Fiqah Berinteraksi dengan NON-MUSLIM
Mohamad Nidzam Abd.Kadir
Labels:
Artikel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment